Friday, December 10, 2010

LiFe


Anugerah Kehidupan memberi gambaran kebesaran ALLAH swt buat kita hambanya yang wajib kita syukuri dan hargai. Kekalkan akhlak dan jati diri insani walupun dunia semakin maju. Kerana dengan hanya kerana akhlak yang positif dapat membawa kita ke suatu tempat yang cemerlang di sisi ALLAh swt dan RasulNYA... Hidup ini seperti roda. Naik dan Turun adalah asasnya. Jadi, beringat dan perlengkapkan diri agar kita sentiasa disisi-NYA.
.
.
.
.
.
.
Bila berdepan dengan kesibukan dunia yang makin meningkat maju, kita kadang-kadang lupa atas kewajipan kita utk bekalan 
hari akhirat... Kita sedar kita semua tidak sempurna. Mempunyai kelemahan dan kelebihan dan kita sendiri sedar bahawa kita ada pelengkap yang mampu menyempurnakan segalanya. Dalam dunia ini, yang membezakan kita ialah masalah. Kerana dengan hanya masalah yang akan dapat mematangkan seseorang insan. Jangan fikir orang lain akan menyelesaikan masalah seperti kita selesaikan. Walaupun jenis warna darah yang mengalir adalah sama, lain orang lain fikirannya. Jangan gunakan kekerasan terhadap mereka yang berhati keras tetapi gunakanlah kelembutan kerana ia dapat melenturkan segala kekerasan. Gunakan akal pada tahap yang baik agar kita bijak membuat keputusan. Percayalah, ALLAH swt sentiasa bersama hambanya...
.
.
.
.

Dugaan itu bkn la malapetaka. Ia adalah satu cara ALLAH swt menguji hambanya. Diuji tahap keimanan seseorang agar lebih kuat dan mengingati ALLAH swt melebihi segalanya. Ketika hati sedang berduka, ia menuntut kita untuk lebih lama ditikar sejadah. Menjadikan kita lebih bersabar, kerana setiap kesabaran itu ada bayarannya. Cuma ianya menuntut masa yang sesuai. Sesungguhnya ALLAH swt maha adil dan maha mengetahui.
.
.
.
.
.

 Ya ALLAH swt, kau bimbinglah aku dalam setiap langkahku. Dalam setiap rencana yang ku hajati. Berkati dan permudahkanlah segala yang diimpi. Moga tahun baru ini menjadikan kita semua lebih mengingati Allah swt dan lebih memantapkan kerohanian disamping beramal ke jalanNya.. Insya_ALLAH.







2 comments: