Wednesday, December 15, 2010

Sunday, December 12, 2010

Jebel Aulia

Hi!! Happy Gud day!! As i promised to u, yesterday we were going to Jebel Aulia, Khartoum Sudan. Since kat Sudan nie.. Nie lah 1st time aien berjalan jauh.. hehe.
Bila lagi nk berjalan kan... saje nk tgk tempat org macamane.
The Jebel Aulia Dam is a dam on the White Nile near the capital of Sudan, Khartoum.



.
.
.
.
.
.

Before we go there, we stop at Restaurant Solitare.... having western breakfast. Around 11 am.... we go to Jebel Aulia. Here, some pictures. take a look!!








.
.
.
.
Happy Viewing!! Peace....

Saturday, December 11, 2010

Masak Lomak Cili Api

Assalamualaikum!! 
hi there!!
 Sorry.. little bit late update blog today.. We were going to Jebel Aulia. I'm so tired but sempat lg update. hehe.. Just want to share yesterday nite menu. 
.
.
.
.

Just simple menu and we felt great... Alhamdulillah... Other than that, the side menu mixed vege and sambal belacan.. ok lol!!! 
.
.
.
.
.
Later, i will update my picture today go to Jebel Aulia.. See ya!!









Friday, December 10, 2010

LiFe


Anugerah Kehidupan memberi gambaran kebesaran ALLAH swt buat kita hambanya yang wajib kita syukuri dan hargai. Kekalkan akhlak dan jati diri insani walupun dunia semakin maju. Kerana dengan hanya kerana akhlak yang positif dapat membawa kita ke suatu tempat yang cemerlang di sisi ALLAh swt dan RasulNYA... Hidup ini seperti roda. Naik dan Turun adalah asasnya. Jadi, beringat dan perlengkapkan diri agar kita sentiasa disisi-NYA.
.
.
.
.
.
.
Bila berdepan dengan kesibukan dunia yang makin meningkat maju, kita kadang-kadang lupa atas kewajipan kita utk bekalan 
hari akhirat... Kita sedar kita semua tidak sempurna. Mempunyai kelemahan dan kelebihan dan kita sendiri sedar bahawa kita ada pelengkap yang mampu menyempurnakan segalanya. Dalam dunia ini, yang membezakan kita ialah masalah. Kerana dengan hanya masalah yang akan dapat mematangkan seseorang insan. Jangan fikir orang lain akan menyelesaikan masalah seperti kita selesaikan. Walaupun jenis warna darah yang mengalir adalah sama, lain orang lain fikirannya. Jangan gunakan kekerasan terhadap mereka yang berhati keras tetapi gunakanlah kelembutan kerana ia dapat melenturkan segala kekerasan. Gunakan akal pada tahap yang baik agar kita bijak membuat keputusan. Percayalah, ALLAH swt sentiasa bersama hambanya...
.
.
.
.

Dugaan itu bkn la malapetaka. Ia adalah satu cara ALLAH swt menguji hambanya. Diuji tahap keimanan seseorang agar lebih kuat dan mengingati ALLAH swt melebihi segalanya. Ketika hati sedang berduka, ia menuntut kita untuk lebih lama ditikar sejadah. Menjadikan kita lebih bersabar, kerana setiap kesabaran itu ada bayarannya. Cuma ianya menuntut masa yang sesuai. Sesungguhnya ALLAH swt maha adil dan maha mengetahui.
.
.
.
.
.

 Ya ALLAH swt, kau bimbinglah aku dalam setiap langkahku. Dalam setiap rencana yang ku hajati. Berkati dan permudahkanlah segala yang diimpi. Moga tahun baru ini menjadikan kita semua lebih mengingati Allah swt dan lebih memantapkan kerohanian disamping beramal ke jalanNya.. Insya_ALLAH.







Mee Bandung


This SimPle Mee Bandung From me... Bila Berada di perantauan nie.. Macam2 nak makan, tp belum tentu bahan2 nya ada di Sudan nie. Resepi?????
.
.
.
.
.
.
Bahan-bahan (4 orang)
1 paket mee kuning
4-6 ekor udang basah
100gm daging (direbus)
50gm udang kering (blend)
1/2 biji bawang besar
3 ulas bwang putih
10 tangkai cili kering (blend)
air rebusan daging
2 biji keledek direbus dan dilenyek 
atau 1/2 cawan kacang tanah digoreng(blend)
4 biji telur
Sayur sawi
bawang goreng
hirisan cili merah
tauhu goreng (dihiris)
limau kasturi

.
.
.
.
.
Cara- caranya:-
  1. Celur mee kuning
  2. Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
  3. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. 
  4. Kemudian masukkan air rebusan daging,keledek lenyek/ kcg tanah, hirisan daging dan udang basah. Didihkan. 
  5. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
  6. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).
  7. Akhir skali masukkan sawi.
  8. Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng,tauhu, hirisan cili dan limau kasturi. Siap utk dimakan. 
.
.
.
SELAMAT MENCUBA!!!


Wednesday, December 8, 2010

I'm Back...

Assalamualaikum... Hi everyone!! Long time no news here.. Hik hik hik.. So sorry coz i'm not update my blog. A lot of things to do. Since i'm in Sudan. Almost 3 month.. Still new here.. I follow my hubby just for rest and at last i got a jobs. Alhamdulillah.. Org kata rezeki kan. dari tak buat ape2... what i can say about Sudan....
.
.
.
.
.
.
.

Sudan is a Islamic country. Well, Malaysia is better lol!!! Beginning my new Life here...

Berada di Bumi asing ini menjadikan seseorang itu lebih kenal erti kehidupan.. Biasanya kita akan melihat di kaca-kaca TV... Realitinya kehidupan bila kita berdepan dengan pelbagai situasi. Ia menjadikan kita terfikir betapa bersyukurnya kita hidup dalam keadaan sekarang ini di bumi yang bertuah ~~ Malaysia.

Wah!!! touching kejap but it's a good info to share kan... Hmmm, When i'm here, cuaca sgt la perit... Mulalah perubahan berlaku pd kulit... Macam2 alahan terjadi... Alhamdulillah... awal2 lagi dh prepare segala ubatan.. Thanks to hubby yg byk membantu..
.
.
.
.
.
.


Here, my 1st drink


But, when i tasted the fruits juice, sooooooo yummy!! Pekat and quality.. hehe... Sudanese people kuat minum air yg manis2 ++++ yg bergas.... Mmg sgt la teruja bila tgk pelbgai koleksi air yg mereka keluarkan... Yela kan, negara mereka ni panas.. So, gula amat la perlu...

And This my 1st Food



Nama Restaurant - DODI - Ok la. Sedap dan kenyang.. Mereka ni kan mmg suka makanan yg jenis kebab dan beroti ni.. So, mmg expert bab2 mcm ni..

At last... bila teliti... I can make my own Shawarma... hihihi.. Easy and Easy... Thanks GOD.. Saya nk mencuba kan..

.
.
.
.
.
.
.

Okay lah, Later i will STORY lagi... Need to go now... Wanna to made Mee Bandung for my hubby and 2 org housemate kami.. Bye2