Saturday, November 28, 2009

Hantaran Pink + Putih


















Hi All! Here my new update.. Hehehe. Love it! From Azry to Siti ~ 29 November 2009


Posted by Picasa

Sunday, November 15, 2009

Gud Frenz..

This 4 my Lovely Friends.. Thank you for ur friendship..

Assalamualaikum..
Hi!! Dah la lama tak update blog ni. So sorry! Hm, I'm too busy lately & at the same time i'm not in good condition. =) Banyak cerita dan ragam yang nk diceritakan ni. I have a gud friends. Really Gud Friends.. Always make me laugh & smile.. (pandai berjenaka dan berimaginasi tinggi!!) Thanks Geng.. Hope our friendship will Forever... Well, nk cerita lebih buat masa ni tkleh arr coz.. a lots of things to do. I will proceed next time okey .. See ya!!


Friday, August 28, 2009

Happy BirthDay to Aien - 27 August 2009


This my Lovely lilttle Sister... Thank a lots for everything.. Luv U..



HappY BirthDay To ME!!!
Thank a lots to all my Lovely Friends... Thanks for the wishes & gifts... Really Appreciated..
May God Bless all of u all too..This my last single year...
Akan berkahwin on October 2009.
Semoga segalanya dirahmati dan berjalan dgn baik. Amin

Friday, August 21, 2009

" Marhabban Ya Ramadhan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK. SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA & MENDAPAT KEBERKATAN Dari -NYA......

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih Ada );
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah Kita
Bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat Dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah Dan para sahabat , Dan dilakukan pada Hari Jumaat.

Ramadhan sudah diambang pintu,
Jika Allah berkehendak InsyaAllah kita akan menemui Ramadhan penuh berkat.
Semoga kata taqwa InsyaAllah akan menjadi milik kita yang
berharga sebagai modal untuk langkah kita selanjutnya
Sementara Salah faham, kesedihan, ego, sakit hati, adalah sebahagian dari proses
kehidupan kita.


Tapi Allah membuatnya dengan sangat sempurna, tidak
ada yang sia - sia dari apa yang sudah Allah kemas
dengan baik dalam bingkai rumah kehidupan kita
Tidak ada yang lebih mulia pada hari dimana semua
malaikat memanjatkan doa, dimana tidak ada kegiatan
baik yang tidak dilipat gandakan amalannya oleh Allah.

"MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN "

teringat ayat ini terus berulang di Ar-Rahman...
teringat kelemahan diri akan segala khilaf dan salah...
semoga Ramadhan ini membawa kebaikan, dan kesejukan...
seperti layaknya embun di pagi hari
berkil au tertimpa cahya mentari...
semoga di masa mendatang terus dianugerahi keheningan hati...
seperti layaknya telaga K au tsar..

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI jika Ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja m au pun yang di sengaja , semoga Kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati Dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.


Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita dan memberikan Berkatnya di Bulan penuh Hikmah ini.

***************************************************

Saturday, August 8, 2009

Surah Al-Kautsar



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

Saturday, July 18, 2009




“Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..”



" Apa yg dilalui adalah pengalaman hidup bg mematangkan diri. Belajar dr pengalaman yg tlh diharungi. Maafkan org adalh cara menyucikan diri daripada melakukan kesilapan. Jadikan kesilapan itu sbg satu panduan. Muliakan hati dengan memaafkan kerana ia adalah bersifat memberi. Tanamkan sikap ini dan btk peribadi diri drpdnya. Akhir sekali, bahagiakanlah hati rakan dan kenalan dengan sikap pemaaf yg dimiliki. "

Friday, July 10, 2009

H@PpY BirThDay Sh@HRiL!! - 11 July 2009



>> Semoga Sentiasa diRahmati oleh ALLAH swt
>> photo created by : AshFizt (thank you dik)

Thursday, June 18, 2009

Si CoMeL

Sempat gak la busu emy dia bawa si cilik ni dtg ofis.. hm, mmg best melayan gelagat si cilik ni. Kelakarnye.. pantang nampak kamera.. mula la dia ber posing.. hahahaha.. X byk songeh pun... tepat jam 12.30, ape lagi bawa la si cilik ni mkn KFC.. pastu bwk dia naik dinasour.. huh! suke benor si ecah ni.. and then.. before pm kami dh antar dia pulang.. huhu.. Harap dpt jumpe dia lagi Muahs!!



Si Comel Yg CerDik!! Luv ini BudAK

Sunday, June 7, 2009

SelaMat PenGantin Baru Linda & Mai !!



Cuti sekolah bermula... bermula la juga kenduri kahwin.. Setiap minggu ade je majlis yang perlu dihadiri. hehe.. Selamat Pengantin Baru kepada kedua pasangan ini. Semoga Berbahagia hingga ke akhir hayat. AMIN..

Sunday, May 31, 2009

Selamat Pengantin Baru - Mazlinda Abdul Manaff



Just back from Sungai Petani, Kedah. She 's my good friend masa kat PETRONAS Dagangan Berhad, KLCC dulu. Walaupun dah lama tak jumpe, kak maz nie masih ingat lagi akan diriku ini... hehe. Tak sangka kak maz nie memerlukan MYSELF untuk merealisasikan majlis bersejarah ini. Thank you so much SIS!! Kerana memberi kepercayaan itu.. Alhamdulillah, segalanye berjalan dengan sempurna. Semoga Pn.Mazlinda Abdul Manaff & Suami Berbahagia hingga ke akhir hayat.. AMIN

Nantikan gambar- gambar sepanjang majlis ini.. dari photographer Ismail Rafek bin Ibrahim =D
Tunggu!!!!....


Thursday, May 21, 2009

Cinta Ini....




BETAPA ENGKAU MENYINTAI

AGUNGKAN AKU BAGAI SEORANG PUTERI

SELALU KAU PUJA DIRIKU INI
MELAYANG AKU TAK MEMIJAK BUMI

NAMUN TERKADANG KU RASAKAN
APAKAH SIKAPMU TAK BERLEBIHAN

AKU WANITA TAK SEMPURNA
BUKAN SEKILAUNYA BATU PERMATA

MARILAH BERSAMA JALANI CINTA KITA APA ADANYA
SALING MENGERTI DAN SUDI MENERIMA
KITA MANUSIA BIASA

MARILAH MENJAGA KESUCIAN CINTA RAHMAT YANG KUASA
SALING BERPADU HATI UNTUK BERDUA
DALAM DAKAPAN MESRA

NIKMATI SUKA BERBAGI DUKA
SEIRING DENGANMU AKU BAHAGIA

GENGGAM JEMARI DAN BERJANJI
SETIA SELAMANYA SAMPAI AKHIR NANTI

Tuesday, May 19, 2009

Hakikat Kehidupan...


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah,
Sebelum menemui insan yang betul,
Supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,
Kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian & hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,
Yang lain akan terbuka
Tapi, lazimnya kita akan memandang,
Pintu yang telah tertutup itu terlalu lama,
Hinggakan kita tidak nampak,
Pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah,
Seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian
Dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun
Dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan
Bahawa itulah perbualan yang paling Erat
Yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai,
Sehinggalah kita kehilangannya,
Dan juga benar bahawa kita tidak tahu,
Apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda,
Bukanlah satu kepastian yang mereka,
Akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan,
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka,
Tapi, sekiranya ia tidak,
Pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,
Satu jam untuk menyukai seseorang,
Satu hari untuk menyintai seseorang,
Tetapi,
Ia
mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.


Jangan pandang kepada kecantikan,
Kerana boleh jadi ianya palsu,
Jangan kejar kemewahan,
Kerana ianya akan susut,
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum,
Kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman,
Untuk menceriakan hari yang suram.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda,
Teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin,
Menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
Pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui,
Dan jadilah apa yang anda inginkan,
Kerana anda hanya memiliki satu kehidupan,
Dan satu peluang,
Untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup,
Untuk membuatkan diri anda menarik,
Percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,
Kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan
Dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,
Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,
Fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia,
Tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik,
Mereka hanya membuat yang terbaik,
Dalam hampir apa saja yang datang,
Di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,
Mereka yang terluka,
Mereka yang telah mencari,
Dan mereka yang telah mencuba,
Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia,
Yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman,
mekar dengan ciuman
dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan,
Kehidupan yang lalu yang telah dilupakan,
Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna,
Sehingga anda melupakan kegagalan,
Dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis,
Dan orang di sekeliling anda tersenyum,
Teruskanlah hidup anda supaya apabila,
Anda mati nanti,
Andalah yang akan tersenyum
Dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.


Jadikanlah keredhaan Allah itu sebagai matlamat,
Jalannya penuh ranjau, namun tetapkanlah hati,
Sedikit kesabaran, secawan kepahitan, setinggi harapan,
Dan doa yang tak putus,
InsyAllah akan datangnya kemanisan..
Jangan hanya tahu berkata-kata,
Tapi rasailah kesakitanyya,
Baru kita kan jadi orang yang bersyukur...

Bersama kesusahan itu datangnya kesenangan..
Dan bersama kesenangan itu datangnya kesusahan...
Semoga redha Allah bersama kita.....

Thursday, May 7, 2009

RENUNGKAN BERSAMA - 10 May 2009 "SeL@MAt HaRi IbU"


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku.....mak

Bila lapar, yang suapkan aku....mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak

Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak

Bila nak bermanja, aku dekati....mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak

Bila nakal, yang memarahi aku....mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ....mak

Bila sedih, aku mesti talipon....mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.....mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak

Yang selalu berleter kat aku...mak

Yang selalu puji aku....mak

Yang selalu nasihat aku....mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari....mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada....mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat....emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak


Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak


Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.... :( :(


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2)Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu.

Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar"

pada mukasurat yang sama ditulisnya.


CourSe at CheRaTinG - 1 3 May 2009


Thursday, April 16, 2009

"JODOH"



Renungkanlah Sedalam-dalamnya.

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.


Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh² bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai ALLAH SWT dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.
Berkahwinlah anda demi ALLAH SWT dan Nabi-NYA, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² ALLAH sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. ALLAH nak hadiahkan kita pelangi.." "

"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."