Thursday, January 22, 2009


kadang-kadang aku terfikir kenapa ianye berlaku? kita sebagai manusia telah ditetapkan untuk menghadapinye ke? atau kita yang tersilap langkah dalam melayari kehidupan kita seharian yang mane tanpa kita sedar dugaan sentiasa mengiringi kita. Kita mudah leka atau lupa akan kewujudan nye. Itu pasti.. "Dah terhantuk baru nak terngadah".. Inilah dinamakan kehidupan. Kita manusia diwujudkan telah ditetapkan untuk melakukan kerja dan tanggungjawab di muka bumi ni. Kita sentiasa kena berusaha ke arah yang kita impikan. Tanggungjawab yang dipikul sebagai umat, anak, suami, dan isteri. Siapa pun kita di dunia ni, kita tetap sama di sisiNYA. Oleh itu, baik dari segi kerjaya, dan perhubungan, dengan usaha-doa-tawakal, kita mampu memperolehinya. InsyaALLAH. Percaya la, kita yang mencorakkan hidup dan masa depan, kita pasti bertemu dengan pelbagai cobaan. Menguji diri dan keperibadian kita dalam mencapai sesuatu. Fikiran yang rasional & positif itu perlu dalam setiap yang dilakukan. Ketabahan juga perlu dalam menguatkan semangat untuk kita terus berjalan menuju ke hadapan.
Siapa pun kita, ape pun yang kita lakukan, kita perlu ingat dari mane asal kita, siapa Tuhan kita, dan siapa yang kita ikuti..

No comments:

Post a Comment