Wednesday, June 29, 2011

Israk Mikraj dan Kewajipan Bersolat

Assalamualaikum.... Semalam 27 Rejab. Tau kan ape yg berlaku pd tarikh nie dalam Islam??? Mari kita berkongsi maklumat mengenai Israk Mikraj ini.


Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.

Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi.

Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah.

Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.

Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya.

Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya.

Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Solat lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda.

Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardu sama dengan lima puluh solat fardu.

Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (HR Muslim)
.
.
.
.
Subhana Allah...Alhamdulillah, BrSyukur dilahIrkan sebgai umat Nabi Muhammad saw...Allahuakbar semoga iman & taqwa kita semua diPeliHara hIngGa akhr hayat..Amin..


Majlis Aqiqah & Happy Birthday

Pada 12 June 2011 yang lalu, sempat kami pergi ke Majlis "baby" kwn kami
- Ejan &Aleen -
Dalam diam tak diam baby mereka Zara Safiyyah kejap je dh besar. 
Oh.. Tuhan, Indahnya ciptaanmu. Moga aku berkesempatan memilikinya juga anugerah tk ternilai ini. Amin.
 Kami tiba pada akhir majlis di sebabkan kelewatan yang tk dpt dielakkan.
Moga Zara Safiyyah  Bt Sahrizan menjadi anak yang solehah, berjaya dalam hidup dunia akhirat. Insya_ALLAH.
.
.
.
.
Next
.
.
.

Seterusnya perihal kenalan yang dikenali. Pada 19 June yang lalu..... Hari Lahir Eddayane Suhaimi yang keberapa agaknya eh?????? Tetttttttttt... Apa pun Semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya dalam apa jua yang diimpikan. Thanks diatas persahabatan yang terjalin ini.

- Hari yang  diraikan -
.
.
.
Tidak lupa pada kenalan yang dikasihi nun jauh duk di Perak.
Nor Ashikin Azizan yang menyambut hari lahirnya pada 20 June yang lalu.
Semoga segala impian menjadi kenyataan. Dipelihara dan dirahmati walaw dimana berada.

 .
 .
 .





Wednesday, June 22, 2011

Umrah - MOMs Happy Mothers Day!!

Assalamualaikum. Cerita bulan 4 yang baru nk dipaparkan. Hehehe. Kesibukan melanda diri since balik ke Malaysia nie. Jadi, nk update blog pun x sempat. Kisahnya about my MOMs - meant mak-ku dan mak mentua-ku. Kami sampai m'sia in Mac sbb nk sambut kenduri tahlil, kesyukuran, dan doa selamat antaranya untuk MOMs gi ke umrah kali nie. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan sempurna. Dan MOMs pun dah selamat pergi dan selamat pulang. Syukur kerana kedua orang tuaku pulang dengan sihat. Mereka tiba di KLIA pd HARI IBU. Dan setiap mereka menerima ucapan dan roses dari kami. 

Moga kalian dipanjangkan usia, di murahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik untuk melakukan lebih ibadah kepada ALLAH swt di hayat yang ada ini. Insya_ALLAH. Love u MOMs!!!



Congratulation - Nurul Izah & Farid

Assalamualaikum. Salam Rejab buat semua.
This entry about my friend wedding. 
Akhirnya mereka sampai ke sini. Syukur kepada Hadrat Ilahi.
Moga Jodoh mereka berpanjangan hingga ke hujung nyawa. Dikurniakan anak dan keluarga yag besar bahagia selalu. Insya_ALLAH
Majlis nikah diadakan pd hari Jumaat 10 June. Dan majlis bersanding berlangsung di KPGA. 
Alhamdulillah kedua mempelai meraikan hari bahagia dengan penuh kasih sayang.
Tetiba teringat lagu "kasih sayang"... kekekeke